CONTACT US

HP : 019 244 8018

EMAIL : hellysdessert@yahoo.com

FB : Helly's Dessert

Cake Gallery

Sunday, October 23, 2011

TV3 Cake Day


Alhamduillah, syukur ...rezeki yang tak disangka2 tiba-tiba boleh menang tempat pertama Cake Day tahun ni. Bersaing dengan peserta yang hebat-hebat dengan persembahan artwork yang terbaik, suatu pengalaman yang menarik. Saya yang masih baru dalam bidang ini dan baru beberapa kali menyertai pertandingan, ini adalah pencapaian terbaik yang saya capai.

Idea yang spontan, tidak membuat persediaan yang begitu serius disebabkan beberapa dugaan sebelum hari pertandingan (termasuk anak demam panas), cuba menghasilkan dekorasi kek yang simple tapi elegant, nampaknya berjaya menambat hati para juri. Syukur kepadaNya atas rezeki kali ini.

Terima kasih kepada semua yang telah menyokong saya selama ini, kepada anda yang pernah berurusan dgn saya dan juga kepada rakan-rakan pelanggan setia...terima kasih banyak-banyak. Semua ini akan menjadi dorongan dan lebih bersemangat untuk berkarya melalui dekorasi kek.



Suasana pertandingan yang meriah. Beberapa artis juga turut sama memeriahkan suasana hari tersebut.



Peserta sibuk dan tekun mendekorasi kek masing-masing.



Si cilik ni pun turut serta memeriahkan suasana. Mmg jadi rebutan, ramai yang nak bergambar dgn dia. Comel sungguh....


Juri pening nak cari pemenang....tenkiu ye juri2 sbb pilih kek i...


Antara aktiviti artis-artis selepas habis pertandingan. Acara deco kek dan jualan amal untuk membantu Azean Irdawaty.



Tenkiuuu....usaha selama ini membuahkan hasil....



Saat di interview pihak TV3...



No comments:

Post a Comment

Post Menarik:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...